WhatsApp PicoCentury Software Development Sdn Bhd

Idea anda + Perkembangan kami

Merealisasikan Idea Anda

Terokai dunia digital bersama kami, pakar dalam penghasilan laman web dan perisian komputer yang direka khas untuk memenuhi keperluan perniagaan anda. Dari aplikasi desktop yang memukau hingga sistem berasaskan web yang intuitif, kami komited dalam mengubah idea anda menjadi realiti yang efisien dan mudah digunakan. Kami akan membantu anda merasai keajaiban dunia digital yang tiada tandingannya.

Kami Menyediakan Perkhidmatan Pembangunan Lebih Baik

Aplikasi Desktop (Perisian)

Dengan menggunakan teknologi Java, kami membangunkan aplikasi desktop (program perisian) yang merentasi pelbagai platform dan boleh dijalankan pada mana-mana sistem operasi komputer, seperti Windows, iOS (Mac OS), Linux, dan sebagainya.

Perisian Pengantara
Integrasikan lebih dari dua perisian pihak ketiga (3rd party). Contohnya seperti menghantar data dari WMS (Warehouse Management System), POS (Point of Sale) dan troli beli belah atas talian kepada perisian akaun.
Penghantaran dan Pengubahsuaian Data
Memindahkan data antara dua atau lebih peranti digital.
Memindahkan data dari satu format ke satu format yang lain. Sebagai contoh, memindahkan fail Excel/CSV ke dalam database.

Sistem Aplikasi Web

Aplikasi berasaskan web menawarkan pelbagai kelebihan kepada perniagaan berbanding aplikasi desktop. Ia boleh diakses melalui mana-mana pelayar web, menghapuskan keperluan untuk pemasangan individu. Pengemaskinian dan pengurusan lebih mudah, dan ia boleh diakses secara tempatan atau global.

CMS (Content Management System)
Portal berita, Laman web syarikat/organisasi
WMS (Warehouse Management System)
Logistik, Gudang
RMMS (Raw Material Management System)
Pengilang
DMS (Document Management System)
Firma Guaman, Firma Perakaunan, Kolej, Penerbit
POS System (Point of Sale System)
Kedai runcit, Kedai telefon
LMS (Loan Management System)
Syarikat pinjaman wang/Kredit

Rekabentuk Laman Web & SEO

Laman web responsif merupakan rekaan laman web yang mampu memuatkan paparan mengikut dimensi peranti, paparan laman web akan berubah secara automatik mengikut saiz skrin dan viewports (skrin besar, skrin tablet, skrin telefon bimbit).

Laman Web Statik
Laman web statik menggunakan HTML tetap, tanpa pemprosesan dinamik, menyediakan kandungan tetap tanpa interaksi pengguna dinamik.
Memerlukan kepakaran pembangun web bagi mengemaskini dan menyusun isi kandungan yang diperlukan.
Laman Web Dinamik
Dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan client-side dan server-side seperti JSP, PHP, atau ASP dan juga pengkalan data.
Pengguna boleh mengakses lebih banyak fungsi seperti mengemaskini, tambah halaman dan juga mengubah kandungan secara online.
Menjadi pilihan syarikat yang mempunyai pelbagai produk dan informasi untuk dipaparkan.
Pembelian dalam talian
Media sosial
Portal berita
Syarikat/Organisasi
SEO (Search Engine Optimization)
SEO merujuk kepada proses meningkatkan kualiti dan kuantiti trafik laman web dari enjin carian. Teknik SEO "White Hat" adalah cara terbaik untuk mengoptimumkan laman web anda bagi enjin carian.

Aplikasi Mudah Alih (App)

Aplikasi mudah mlih adalah program komputer atau aplikasi perisian yang direka untuk berfungsi pada peranti mudah alih seperti telefon dan tablet.

Jenis pembangunan aplikasi mudah alih:

Aplikasi Natif
Dicipta untuk satu platform atau sistem operasi tertentu, seperti iOS (iPhone), Android, atau Windows
Aplikasi Web
Versi responsif laman web yang dapat berfungsi pada mana-mana pelayar web, peranti mudah alih, atau sistem pengendalian
Aplikasi Hybrid
Aplikasi hibrid dibangunkan dengan menggunakan teknologi web dan JavaScript. Berkemampuan untuk berjalan di pelbagai platform (iOS, Android, Windows)

Integrasi API Google, Bing, Baidu dan pihak ketiga lain

API (Application Programming Interface) membolehkan program perisian berkomunikasi, menyediakan perkhidmatan dan pertukaran data dengan mudah.

Google, Bing, Baidu APIs
Integrasi Maps, Contacts, Calendar dan lebih 100 API ke dalam laman web dan aplikasi mudah alih anda
WhatsApp, WeChat, LINE, Telegram APIs
Integrasi dengan API mereka untuk menghantar mesej
YouTube, Facebook, Instagram, Twitter, Xiaohongshu etc social media APIs
Untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda dengan menggunakan API media sosial
API Pihak Ketiga Lain
Integrasi dengan API lain, seperti:
WMS (Warehouse Management System)
RMMS (Raw Material Management System)
CRM (Customer Relationship Management)
ERP (Enterprise Resource Planning)
Perisian Perakaunan dan Gaji

Penukaran & Pemprosesan Data

Membangunkan perantara untuk menukarkan data komputer dari satu format ke format yang lain.

Membaca data dari fail Excel, XML, CSV, atau Access dan menulis ke format fail atau pangkalan data yang lain
Pindahkan data dari pangkalan data ke pangkalan data lain
Mengeksport data dari pangkalan data ke format fail yang lain
PicoCentury®